Al Fatihah (6) : Tunjukkan lah Kami Jalan Yang Lurus
Hari-hari sembahyang, setiap kali baca Al-Fatihah, mesti kita akan mendoakan kepada diri sendiri supaya Allah menunjukkan kita jalan yang lurus, iaitu yang diredhaiNya.
Kalau kau rajin, kau kira la berapa banyak sehari semalam kita baca. Bagi yang tak sembahyang tak payah susah-susah nak kira. Kau duduk je diam-diam sana baca entri aku ni.
Sesungguhnya aku sentiasa berdoa supaya aku terus berada di jalan yang lurus. Aku tak mahu tersesat jalan hingga tak jumpa di mana titik pusingan nya (u turn).
Alhamdulillah Allah dah membuka hijab yang selama ini mungkin aku tak perasan pada dia. Jika itu kehendaknya, teruskan lah. Jangan lagi kau menoleh ke belakang kerana aku tidak akan pernah berpatah balik pada jalan yang sama. Jalan yang memeritkan hati dan perasaan aku. Jalan yang selama ini aku rasakan ada sinar harapan di penghujung nya, sama sekali tidak benar. Palsu! Aku tertipu. Sungguh kau pandai berdrama. Drama King.
Mungkin kata-kata akak ada benarnya. Dan aku harap apa yang akak cakap adalah satu doa. (sebab aku baru balik dari melaka ni..)
0 comments:
Post a Comment
pecah kaca pecah gelas
dah baca harap balas