Sabtu ni aku nak g BP. Buka puasa untuk kali kedua bersama keluarga BLM Johor. Tahun lepas aku adalah satu-satunya bunga yang hadir sebagai ahli. Tapi tahun ni aku rasa adalah meriah sikit. Iron Lady Johor (ILJ). Aku masih memegang nama itu. Sebagaimana aku hanya satunya bunga pada tahun lepas.
Tahun ni aku pergi lagi. Menjadi seorang pelakon yang akan mendapat award mungkin. Menjadi seorang yang hipokrit di hadapan orang-orang lain. Tak taulah aku mampu ke tidak. Cuma aku pergi bukan berseorangan. Ditemani seseorang dan juga rakan BLM yang turun dari KL.
Mungkin hati ni dah terlalu letih untuk benda-benda yang banyak membazirkan masa dan ruang yang telah aku berikan. Maaf. Mungkin tiada untuk kali keduanya. Mungkin ini telah tersurat untuk kita. Siapa kita untuk menghalang perkara seperti ini berlaku.
"Kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui"
Batu pahat, mungkin esok adalah kali terakhirnya kita bertemu. Aku dah tak mampu nak menjejak ke sana lagi. Terlalu banyak komitmen yang aku hadapi buat masa ini.
Maafkan aku. Aku hipokrit.
0 comments:
Post a Comment
pecah kaca pecah gelas
dah baca harap balas