Menu

Wednesday, December 14, 2011

* DULANG HANTARAN *

Dulang hantaran. Aku nak *dulang hantaran* yang lain sikit dari kebiasaan. Lain sikit tu means lain. Bukan setakat korang letak handbag Coach, kasut Jimmy Choo, jam tangan Fossil atau cek berjumlah RM 9,999,999. Tapi aku nak dulang hantaran yang ada makna. 

Dulang 1

Gambar dari sini
Aku nak satu perhubungan yang mempunyai nilai cinta yang tinggi. True Love. Sampai bila-bila. Even sampai aku dah berkedut satu hari nanti. Even aku dah tak slim macam mana mula-mula dia kenal ngan aku. Even aku jalan pon dah perlahan bila dah tua nanti. Even salah aku dia betulkan dengan cara yang berhemah. Even even even..

Dulang 2

Gambar dari sini
Kejujuran dalam perhubungan. Kalau kau keluar dengan perempuan ke lelaki je..aku lagi suka kau bagitau daripada aku tau dari org lain. Sebab aku nak kau jujur. Sekurang-kurangnya aku takde la rasa macam dibelakangkan dalam soal macam ni. Kadang-kadang sekecik kecik hal pon boleh jadi masalah dalam perhubungan. Mungkin orang akan kata..jujur sangat pon susah, tak jujur lagi susah. Terpulang lah pada sikap individu tu macam mana nak handle pasal jujur ni. 

Dulang 3

Gambar dari sini 
Kepercayaan. Aku trust kau, kau trust aku. Aku tak suka benda simple disusahkan dengan benda yang remeh temeh. Kalau kau tak ada sifat percaya pada partner, baik jangan ada partner lah. Letaklah sikit daripada takde langsung. Melainkan partner ko tu terkenal ngan sikap buaya tembaga dia..tu susah la nak cakap. 

Dulang 4

Gambar dari sini
Mesti lah ada kasih sayang. 

Aku rasa 4 perkara ni penting je. Kalau dapat semua ni from your partner, mesti terasa perfect life kan? *beautiful life* 

To my FH, saya harap dalam banyak banyak dulang yang awak nak kasi kat saya nanti, saya nak awak sertakan bersama 4 perkara ni yer. 

Terima kasih FH. Love you. 

0 comments:

Post a Comment

pecah kaca pecah gelas
dah baca harap balas

 

♥ Nadia Izad ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template