Menu

Sunday, July 10, 2011

Stanza Cinta Nadia Izad

Bila permulaan yang dirasakan indah sebenarnya tak de la indah mana pon. Pertengahan yang terumbang ambing  dilanda masalah oleh hati yang masih lagi belum mampu menetapkan kata-kata muktamad. Jadinya, cerita stanza aku tidak memerlukan penghujung cerita. 

Mungkin jawapan yang diberikan malam tadi tidak seindah jawapan yang diberikan minggu lepas. Isnin lepas mungkin rasa aku. Terasa langkah aku tidak laju selaju dahulu untuk meneruskan perjalanan kehidupan pada esok hari. Hambar mungkin. Tawar mungkin. Atau tidak berhati lagi barangkali. 

Barangkali aku belum cukup kuat untuk melalui semua ini dalam masa yang mendadak dan singkat. Tak perlu aku nyatakan kenapa, mungkin ini entri terakhir buat YOU itu. Aku sendiri berharap aku tidak akan mencoretkan lagi apa-apa cerita pasal YOU itu disini jika cerita itu adalah cerita sedih lagi. Tetapi jika cerita itu cerita gembira, barangkali aku bersemangat untuk berkongsi disini. 

Apa tanggapan diri kita sendiri bila berada depan mata seolah-olah berada jauh beribu batu. Seperti ada dalam tiada. Sama dan tiada beza. Aku tertanya-tanya di dalam hati, belum cukup yakin untuk bertanya apa, kenapa, mengapa kepada YOU itu. Aku berikan ruang dan masa kepada YOU itu untuk bertenang. Walaupun hati aku tidak pernah tenang sejak 36 hari yang lepas. 

Maafkan aku jika aku kurang mempercayai kaum Adam lagi buat masa terdekat ini. Maafkan aku kiranya aku yang tersalah tafsir. Maafkan aku...

Bila jawapan tidak lagi seindah mimpi semalam, aku berharap, hari hari berikutnya aku akan lalui dengan pantas. Aku berharap aku tiada masa untuk berfikir seterusnya berasa sedih dengan apa yang telah berlaku kebelakangan ini. Aku berharap agar aku segera berulang ke perak seperti sedia kala. Aku perlukan satu perjalanan yang jauh untuk menenangkan hati. Aku memerlukan benjamin setia bersama dengan aku hingga akhir hayat aku. 

Stanza cinta yang tidak berkesudahan menarik aku kira seperti di kebanyakkan novel cinta. Bila Allah belum menemukan aku dengan manusia yang diizinkanNya, aku redha. Aku perlu redha. Aku perlu berdoa dengan lebih kerap lagi supaya Allah memakbulkan permintaan aku. 

Aku tak mampu untuk menulis lagi. Maafkan aku jika aku terlalu emosi. Maafkan aku jika aku bukan seperti dulu lagi. Maafkan aku sahabat, aku gagal lagi dalam ujian ini. 

Dan, 
Maafkan aku kerana aku terlalu sayang pada kau.
Selamat Malam  Sayang. 10julai2011, 11.57pm

1 comments:

  1. Sabarlah dan redha la..susungguhnya Allah telah menetapkan dalam kepayahan/kesedihan itu ada kesenangan/kegembiraan..bc doa ni..Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan,wa auzubikaminal ajzi wal kasal,wa auzubikaminal jubni wal bukgh,wa auzubikamin gholabatiddaini wa ghohri rijal..(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia..(HR Abu Dawud)..nak tau cr bc yakni sebutan dan makhraj doa tu kena dengar/baca sendiri..semoga Allah beri kebahagiaan pd kamu.insyaAllah,ada jalannya..wallahualam bissawab

    (doa nabi kepada sahabatnya)
    http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/06/doa-elak-risau-sedih-lemah-malas-takut.html

    http://www.youtube.com/watch?v=KfXIF2Mm2Kc

    ReplyDelete

pecah kaca pecah gelas
dah baca harap balas

 

♥ Nadia Izad ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template