Menu

Tuesday, July 26, 2011

Kerana Facebook



Kembali dengan entri ikut suka hati aku lahhhh~ kann. 

Kerana facebook. Hahaha. Sapa yang perasan, aku dah tutup facebook. Dah seminggu gak la aku tutup facebook aku tu. 2 2 aku tutup. Ohhh..mungkin ada yang tak tau aku ada lebih dari 1 facebook. Jangan kau tanya kenapa aku ada banyak facebook. Ikut suka hati aku lah nak ada 5 6 facebook sekali pon. Sebab setiap facebook aku takkan add orang yang sama. Ada sebabnya kenapa aku buat asing. 

Dulu aku penah gak tutup salah satu facebook aku dalam masa sebulan lebih. Lepas aku block JTG tu, aku rasa lagi bagus. Senang nak berstatus dia facebook. Tapi kali ni aku rasa aku akan tutup dengan lebih lama. Mungkin sampai aku masuk kelas master aku kat UPSI nanti. Kalau tak kene gertak ngan kawan UPSI, mungkin aku takkan buka sampai aku betul-betul recover dari keremukkan hati yang terlampau. 

Cukup lah dengan apa yang aku baca minggu lepas. Sakit mata dan pastilah aku sakit hati membacanya. Janji lelaki sekadar manis di bibir sahaja. Aku dah penat sebenarnya. Peeeennnnaaaatttttt kau faham?!

Sepatutnya YOU lebih mengetahui kenapa aku tutup facebook tu. Tak perlu rasanya call aku bertanya benda yang YOU dah boleh agak. Tak perlu. Dan tak perlu beremosi jika aku tak reply Whatsapp YOU. Sebab aku tak pernah nak kata YOU sombong bila YOU tak pernah nak mereply bepuluh-puluh message aku sebulan yang lepas. Fair and square la kan. Tapi kesabaran aku lebih tinggi dari YOU rasanya sebab aku tidak pernah sesekali mengatakan YOU sombong. Aku cuba memahami walaupun aku rasa sangat terbakar. Dengan orang lain YOU boleh reply message, dengan aku..ada YOU nak reply? YOU jawab lah sendiri. Sebelum YOU nak kata aku sombong, YOU tengok la balik kat diri sendiri. Sapa yang sombong sebenarnya. 

Cuma satu aku nak pesan kat YOU, janganlah pandai berjanji kalau rasa tak termampu untuk menunaikannnya. 

" Kau tak layak menerima cinta dariku seandainya kau tidak tahu menghargai diriku. Cintaku hanya untuk lelaki yang tahu bagaimana menghargai diriku"

Lagu selingan : Cinta Muka Buku

p/s : Banyak perkara yang kita buat, semua dibayar cash je skang ni. 

1 comments:

  1. p/s : Banyak perkara yang kita buat, semua dibayar cash je skang ni..

    (jgn menyampah pada org lain)im sorry :)

    ReplyDelete

pecah kaca pecah gelas
dah baca harap balas

 

♥ Nadia Izad ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template