Menu

Tuesday, June 21, 2011

Southern Region

CAUTION : KALAU TAK SUKA JANGAN BACA. AKU EMOSI DALAM ENTRI NI. 

Harini pergi kerja masa kat highway Forest Height nampak pelangi. Aku rasa cam dah lama je tak nampak pelangi. Tak kisah la pagi ke petang ke. Tapi aku wondering plak..bila masa hujan. Maybe tempat lain kot yang hujan.

Aku sejujurnya tak tau sapa yang rajin baca blog aku ni. Sama ada rakan follower atau kawan aku kat FB yang duk tekan link ke blog aku ni. Cumanya aku rasa kawan² kelab kereta N9 mungkin perasan yang aku dah tak berapa nak aktif kat seremban lagi. Aku sanggup lagi pergi join Southern Region kat Melaka atau Johor tu. Aku buat macam ni bersebab. Bukan suka-suka. Apa korang ingat dekat ke nak g Melaka ngan Johor tu kalau duit tol duit minyak tak cukup??

Satu sebab aku malas adalah kadang-kadang timing nak bersosial tak kene ngan jadual aku. Tak leh la kan nak join. Sebab yang kedua, aku malas nak tengok muka 2 orang makhluk ni. Sorang laki dan sorang perempuan. Sorang kategori JTG dan sorang lagi kategori penipu besar. I have my own reason kenapa aku label macam tu. Tak payah susah susah nak teka sapa diorg berdua ni. Nanti bila-bila kita bersua, yang mana aku tak layan sangat tu, mungkin tu la dia orang yang aku maksudkan. 

Yang kes JTG ni sah dan konpem tak paham bahasa melayu. Buat menyampah aku je. Bawa-bawa la sedar diri yer. Aku malas la nak komen banyak pasal ko. Sebab satu jari aku tuding kat ko, lagi 4 jari tu tuding kat aku. 

Yang penipu besar ni pulak, lagi memang la big fat liar. Cakap nak move dari tempat sedia ada, but ada lagi kat situ. Mesti korang pelik kenapa aku marah sangat kan. Sebab dia adalah perempuan ketiga dalam list aku dulu yang buat aku rasa menyampah kat JTG. Dari sekecik-kecik hal yang aku tak pernah bgtau orang, aku rasa JTG ni yang kasi tau kat dia, Dan dia perempuan ni chat kat fb aku tanya betul ke benda tu berlaku. Padahal aku memang tak buka mulut langsung kat sesapa. Then dia cakap tempat kerja dia nak tutup, then dia move pergi bangi ke serdang ke mana ntah. Ye lah kan. Aku caya jer. Then aku tutup la FB ni dalam 2 bulan gak kot. 

Dalam sebulan ni, aku adalah lalu² senawang tu, then aku nampak kereta dia kat tempat kerja lama dia yang dia kata nak pindah? Tak rasa cam nak kasi pelempang ke? Aku tak paham kenapa kau harus tipu aku. Then aku chat ngan ko kat FB, terus ko out. Napa weh? Ko takut ke? Sampai skang aku perasan yang dia dah tak on chat tu. Padahal aku tanya, kata pindah, tapi ada lagi kat situ. Just want to know la kan. Bukan nak buat kecoh ke apa ke. Bodohhhhh la!!~ Kan dah kene se das aku kasi kau. 

Sebab musabab ni yang aku rajin turun ke selatan. Gasak la N9 region nak kata apa. Aku ada ke aku takde ke dalam TT tu sama je kan. Bukan korang nak msg kat hp pon inform pasal benda gitu. Tak boleh nak mengharap FB semata-mata dalam menyebarkan maklumat. Tak kesah la. Aku tak de masalah pon ngan geng lain. Cuma 2 manusia ni je baut aku rasa cam malas nak tayang muka kat seremban region lagi. Entri ni bukan bermaksud aku tak suka ngan N9 region, cuma bila jadi hal macam ni, terus aku rasa cam tak berapa nak seronok sangat nak jumpa-jumpa sembang-sembang. Harap geng lain jangan terasa hati. Entri ni untuk manusia 2 orang ni. Tu pon kalau kome baca la yer teman punya blog. 

AGM coming soon ni pon aku harap aku tak jumpa 2 orang ni. Buat spoiled mood aku jer. 

0 comments:

Post a Comment

pecah kaca pecah gelas
dah baca harap balas

 

♥ Nadia Izad ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template