Tadi pas lunch kat Nasi Kandar kat Cempaka, aku balik ofis, terbuka la album zaman keseronokan masa aku duk kerja kat tanah Johor ni. Batu Pahat. Dan dan aku rasa cam rindu semacam ngan gambar-gambar yang ada tu. Banyak gambar dengan ofismate lah kan ofkoz. Dan gambar dengan student. Budak kereta johor pon ada gak.
Entah macam mana nak cakap yang aku rindu dengan segala aktiviti yang aku buat ngan ofismate aku dulu. Ngan Syahman, Amalina, Kak dilla, Azahari, Rai, Mimi, Ima, Hanis dan wife, Intan, Syed, dan Saiful Nizar. Ni la tukang penyeri hidup aku masa aku duk merantau kat tanah kelahiran aku tahun lepas. Sempat la aku duk 11 bulan kat sana. 11 bulan pon macam-macam yang berlaku dalam hidup aku. Susah senang gembira sedih semua ada.
Aku berhijrah dari kuantan ke BP ada 1 Jan 2010. Suku awal tahun pertama hidup aku penuh dengan kisah sedih manjang. Biasalah kan. Aku time tu masih duk sewa sorang. Masih dalam proses nak mencari kawan yang boleh dibuat hangout. Wuhuhu~ Sedihhhh weh hidup sorang bila merantau ni.
Suku kedua hidup aku kat sana aku dah dapat rentak dah. Dah mula jumpa geng. Dah mula ada kaki nak bawa berjalan.
Kita follow by gambar yang ada dalam album FB aku.
Aku sempat g kluang. Makan roti bakar yang super sedap kat sana. Bersama Syahman, Azahari dan Amalina, kitorg gerak ke sana pagi. Terjadi la insiden Azahari tertinggal aku kat sana. Kejammm kau Az! Mati-mati dia ingat aku dah naik kereta time tu. Dan aku plak mati-mati aku ingat dia nak g reverse kete dulu then g biar aku masuk. Bila aku nak masuk dalam kereta tu, dia leh g jalan. Aku blurrrrrr!!~ Seb bek tak jauh lagi kau jalan Az. Tu pon sebab syahman yang ingatkan kat dia yang aku tak naik lagi. Sebab az tak dengar suara aku dalam kereta. Hahahaha. Bila dah pindah dari sana, semua pon jadi kenangan jer.
Amalina and I |
Azahari, Amalina & Syahman *pesal la gugel ni upload gamba cam haremmm* |
Permulaan sebuah perjalanan sebagai anak rantau. Wahaha. Semua ni pon bukan asal orang johor.
Then perjalanan diteruskan dengan aktiviti main badminton setiap malam isnin kat court kat umah syahman tu. Aku lupa ah nama court tu. Seronok beb main ramai-ramai kat sana pas penat kerja. Nak pulak senin kelas aku memang cam haram jadah la penuh 7 jam mengajar. Saja nak kasi aku naik gila agaknya time tu. Terkocoh-kocoh aku kalau setiap pagi isnin nak print kehadiran students.
Aku takde gambar kita main. Sat aku cek dalam album Rai. Aku nak amik tanpa kebenaran. Boleh kan Rai?
Rai, aku curi eh. Hehe |
Ni gambar ladies in court. Hanya kitorg je yang rajin nak bersukan. Hahahaha. Aku biasa partner ngan Sha, yg sebelah kanan aku tu. Rai biasa ngan Mimi.
Eh eh. Aku tertinggal gambar pertama aku ngan diorg la. Hahaha. Gambar masa diorg mula pakai baju korperat. Aku je takde. Kuantan tak nak kasi. Demmm! Hahahaha. Marah aku!
Aku je takde baju koperat. Tiap selasa pon aku pakai tema kaler oren. Demmm!~ |
Ngan Intan, Wandi dan Dyana |
Ada lagi pic. Masa pelancaran kempen senyum.Hahaha. Rindu plak aku ngan Batu Pahat.
Pakai batch senyum. So kene la senyum. Haha. |
Ngan Aza dan Ima. Senyummmmmm~ |
Oh ya. Aku pernah join event boling anjuran students aku. Hahahaha. Bergasak main walaupun takde la teror mana.
Boling |
Muka yang sama... |
Pinjam je. Tak menang pon. Hahaha~ |
Korang nampak tak muka yang sama je penuh dalam entri ni. Hahaha. Dah ini je yang rajin dan boleh nak hangout tiap kali ajak. Lalala~ Yang lain tu paham sebab ada komitmen.
Yang gambar ni aku tak sure pasal apa kitorg amik. Tapi adalah dalam album aku tu. Hahaha~
Asal menyempat. Hahaha!~ |
Kali ni gambar ngan student plak eh. Asik ngan opismate je. Jap-jap lagi kita sambung balik.
DCSN 4/2 |
DCSN 2/1 |
DCGD |
Dan paling best masa my birthday, budak DCGD ni kasi minuman fav aku. Hahaha. Dah la aku kadang-kadang paw budak-budak ni. Sebabnya..manjang aku masuk kelas je, diorg sebuk nak g ko-op beli air. Hahahaha. Aku cakap tak leh minum sorang. Kene beli untuk aku gak. Lalalalala~
3rd Novembe 2010 |
Semua dah tinggal kenangan je ngan budak-budak ni. Aku harap diorg jadi insan yang berguna la kepada mak ayah, adik beradik, org kampung dan juga negara esok-esok pas grad. Besar ke kecik ke tempat kita belajar tu bukan halangan, tapi ilmu yang pensyarah-pensyarah tu berikan kat kamu lagi penting sebenarnya.
Okeh kita sambung plak dengan sesi berbuka puasa. Kejap je aku rasa dah nak puasa balik. Ni pon dah rejab. Sebulan lebih lagi dan nak jumpa balik Ramadhan.
Berbuka kat rumah hanis |
Berjemaaaahhhhhh |
Berbuka kat luar. Aku lupa nama tempat tu. Hahahaha |
Berbuka ngan budak BLM Johor |
Katerina |
Katerina lagi |
Pas berbuka konpem la ada aktiviti raya kan. Kita kasi konvoi beraya dari umah ke umah. Sampai muar youuuu!~
Open House umah aku |
umah aza |
umah hanis |
umah intan |
sambutan hari raya akademik |
Satu hari dalam konvoi tu, entah bape rumah ntah kitorg jalan. Hahaha. Seronok. Rai ajak lagi tahun ni. Wahhhh. Ajak betul betul ke ajak main-main rai? Hahaha.
Then perjalanan kehidupan kat batu pahat diteruskan lagi dengan aktiviti g kenduri kawen kawan-kawan.
intan kawen |
Aku rasa cam banyak je tertinggal kot. Ntah la. Mana yang sempat, aku upload la sini untuk kenangan kita bersama.
Jauh lagi perjalanan langkah kaki ku ini. Selesai bumi kuantan, bumi batu pahat plak aku terokai bersama dengan isi alamnya. 11 bulan bersama, bagai ragam aku jumpa.
Aku rindu nak sarapan kat JK pagi-pagi lama-lama bila student mula becuti. Bergosip sakan pasal itu dan ini. Berwindow shopping di hari jumaat dengan budak opis. Lepak malam-malam kat bus stand lama, sembang pasal dunia ofis yang macam-macam ragam. Rindu hilai tawa kak dil. rindu nak dengar ama dan syahman buat lawak. rindu nak tgk gelagat az menggeletis bila kene bahan. Hahahaha. mungkin aktiviti di batu pahat lebih bermakna dari aktivit kat kuantan atas sebab dengan sapa kita berada. Tapi aku tak kata la kuantan tu tak best. Best la kan. konpem. ada pantai bagai. Tapi pengisian tu yang berbeza, kuantan tiap2 malam aku g bantai tengok wayang. pengisiaannn la sangat kannnns.
Aku memang anak johor. Atas IC je la pon kan. Tapi itu bukan satu penafian lah. Jika ada rezeki, aku akan balik ke sana lagi. Mana-mana bumi yang masih berada dalam takluk negeri johor.
Perjalanan yang masih jauh aku teruskan ke tangjung malim dan seremban. Menghabiskan tanggungjawab aku selagi mampu.
Ada masa, kita jumpa lagi batu pahat. Kita jumpa lagi johor. Kita jumpa lagi kawan-kawan.
Tipulah kalau aku tak rindu johor. Aku rindu T____T
HUhuhuhuu... sama lar perasaan aku cam ko...dh tinggalkan tempat BP...lelebih lagik ko dan AMA meninggal aku ... lagik bertamabah sedih.... huhuhuhu...mari start idup kat tmpat lain lak...xkan same ngan BP...BP paling besh....
ReplyDeleteaku rindu nak lepak weh malam2 kat bus stand. pastu sembang macam apa je gelak. haha. hilang masalah kejap aku rasa. sedihhhhh!!~
ReplyDeleteHahak memanjang gi KOOP ya. Yelah masuk class miss mesti lapar punya. :P
ReplyDeleteBtw miss gile dgn miss nadia. :D
cik FN : hahaha. kelas dah dekat ngan koop..takde kerja lain la kamu semua. shopping situ jer. hahaha
ReplyDelete