Menu

Saturday, April 2, 2011

Kabel Norkiah !!

Bukan kabel norkiah. Nokia. Henpon nokia cabuk I tuh ! Mana entah hilang. Terus hilang semangat nak hapdet entri bergambar. Dah la banyak benda nak share ni. Mana la ko hilang kabel. Pandai plak ko berjalan sendiri. Saddddisssss. Rasa nak berguling-guling jap takde kabel ni. Gamba tak leh nak transfer !

Sambil-sambil mikir mana hilang kabel ni, update la kejap tanpa gamba. Sedihhhh I tau. Dah la baru habis exam. Gile over excited ni nak hapdet 3 4 keping gambar. Sekaliii, takde plak kabel ni. 

Baru elok selsema. Sok sek sok sek tu. Dah macam musim plak. Exam fever is over. Again I said, OVER. Skang ni saya adalah penggangur ke hormat kat umah. Sok budak degree dah habis exam, bertambah lambakan pelajar yang bercuti lama. Jangan pasni malas nak naik sem dah la. 

Hari jumaat masa g PKU UPSI (PKU : Pusat kesihatan universiti) yang konpem FOC tu (bagi yang tak tau), nak g jumpa dokter pasal selsema tak elok-elok lagik,  terbaca la satu keratan artikel ni. "Persatuan Duda-duda Cun 1Malaysia". Sumpah nak gelak. Ada plak la duda + cun. Camne agaknya rupa duda cun ni. Adakah lebih cun dari Janda cun? Janda berhias? Haha. Nak tau camne, korang g join kelab nak cari jodoh tu. Tapi make sure korang tu duda baru leh masuk. Kalau sah bujang tak pernah berkahwin, g cari persatuan bujang-bujang terlajak cun 1Malaysia plak. 

Aritu first time beli barang secara online. Okeh. Sangat berpuas hati dengan hasil barangan yang dibeli. Rasa cam worth it la beli. Sebab I malas nak g kedai dan malas nak memilih sebab nanti rambang mata, rasa semua pon nak beli. Now ada lagi 1 barang yang aim nak beli. Bukan la tudung shawl ke menda ke, kalau dah dapat barang tu, baru leh bagitau. Hahaha. Bising-bising sini kot beli tak pe la gak kan. 

Oh ya. Satu benda lagik. Adik I hadiahkan I baju jersi malaysia kaler kuning, long sleeve, fit for girls. Sumpah cantik. Memang I sayang you lebih la moque. Dia asik kata supriiiiseeeee je dalam seminggu ni. Then buka drawer kat meja solek, tetibe nampak jersi. Haha. Tak sangka plak dia letak situ. Sebab nak cari barang dalam drawer tu yang ternampak dan tertengok. 

Apa lagi ye nak bising-bising sini? 

Takde dah kot. Ni rasa hingus nak meleleh je ni. Selsema dah datang balik tanpa berjemput. Masa untuk makan ubat dan tido. 

Naniiiteeeee olsss. 

Nanti dah jumpa kabel, I upload la gambar yer. Misplace mana tak tau. 

0 comments:

Post a Comment

pecah kaca pecah gelas
dah baca harap balas

 

♥ Nadia Izad ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template