Sapa kat sini peminat drama korea ? Sila angkat tangan.
Okeh. Saya ramai je yang suka tengok cerita korea. Sebab cerita diorang romantik, ada pakwe hensem, makwe lawa. Tapi korang ada perasan dalam berpuluh-puluh drama korang tengok tu, mesti akan ada adegan yang korang boleh agak. Alaaa...benda yang sama dalam setiap drama pon.
1. Jerit
Yang ni dalam mana-mana drama korea mesti ada. YAAAAA !! Yang heran tu, orang lain cam tak kesah jer. Atau memang masyarakat diorang jenis camtu? Sikit-sikit jerit, kejap-kejap jerit kalau nak panggil nama orang tu.
2. Muda-muda dah pegang jawatan CEO
Ni lagi la ketara. Asal ko hensem, ko anak orang kaya, ko mesti pegang jawatan besar dalam company keluarga ko. Paling tidak pon mesti manager. Then pakai baju memang superb smart la fashion diorang.
3. Naik bus dan jalan kaki
Bila pakwe orang kaya, konpem awek orang miskin. Pastu konpem akan ada adegan naik bus dari satu tempat ke tempat lain. Nak lagi best, jalan kaki dari bandar, balik ke rumah perempuan, jalan kaki. Saya selalu wondering, dekat eh jarak bandar ke rumah sampai jalan kaki pon sampai. Paling kuat pon, mesti akan ada adegan lari, then dah sampai. Hahaha. Terer betul orang korea ni berlari.
4. Rumah
Rumah orang kaya ngan orang miskin (pakwe dan awek) dah macam antara dua darjat. Yang besar, besar betul. Sampai maid berbelas-belas, tapi yang awek, rumah takde bilik. Biasa la kan tengok camne keadaan rumah sewa korea.
5. Minum soju
Mesti akan ada adegan mabuk-mabuk kat kedai makan tepi jalan. Mintak soju. AHJUMAAAA !
6. Lelaki menangis
Dalam drama lain korang takkan jumpa lelaki menangis. Mungkin ada la kot, tapi kalau drama melayu memang payah la. Melainkan adegan nak mati. Dalam cite korea, laki konpem nangis kalau dah nak macam ala-ala putus cinta, mak ayah melarang cinta dua darjat. Sket-sket meleleh. Owhhh. Memang hati lelaki korea macam tu ke?
Very typical korean drama(s)
Ni yang saya perasan selalu la, yang jarang-jarang tu, tak payah la kot nak petik masuk sini.
HAHA
0 comments:
Post a Comment
pecah kaca pecah gelas
dah baca harap balas