Bunyi cam nak tunggu hari bersejarah je kan? Hahaha. Tak blah sungguh tajuk entri ni. Ni saya duk tunggu hari duk nak siap esaimen. Dah macam org gilak mek duk siap esaimen tok. Poningggggg ! *komplen lagik!*
Dalam pening-pening tu, habis la gak kan aku duk melayan cite korea SECRET GARDEN. Hahaha. Punya la tak jadi keje kalau tak habis tengok cite ni kat hard disk. Penangannnnn !
Ada benda nak share ni. Quite annoying gak la sebenarnya. Sangat to be exact ! Pasal lelaki classmate aku yg dah umur tahap pakcik-pakcik la kalau ngan aku ni aku rasa. Punya la takde adab sungguh ngan orang lain. Rasa nak bagi penampar pegi balik je kat dia...sungguh la aku menyampah ! *kejap aku, kejap saya. abaikan sebentar*
1. masa dua minggu sudah masa aku g kelas hari jumaat ptg. kelas aku kat lab MM kat tingkat 3. Tapi hari tu aku cam rajin sket la nak bawa laptop kan g kelas..so kendong la ngan panjat tangga sampai tingakt 3 tu..penat wokkkkk...sampai-sampai kelas, baru letak beg laptop, amik kerusi..baru nak duduk hilang penat dah kene panggil ngan cikgu jerk sorg tu pasal esaimen dia. Dia suh tengok-tengok kan. Oke ! aku baru amik kerusi, TAPI BELUM DUDUK LAGI. Memang aku rasa nak cekik time tu gak la. Rabun ke pe aku tgh penat ni nak suh tgk keje dia. Takde otak nak pikir ke? padahal aku dah cakap..kejap..penat ni. duk jugak la paksa aku g. Yeeeee..aku g sebab ko tu dah tua, aku hormat la sikit. Umur dah nak masuk 40 kot rasa aku. Tapi perangai...macam apa ! sumpah aku menyampah ngan dia. Dengan muka kelat-pahit-payau aku pon g la kat sebelah meja dia tgk hasil esaimen dia tu. esaimen dia tu, aku tak amik kelas ngan dia. tanya pendapat aku, pastu blame2 plak. tak ke rasa nak sepuk ? sampaikan classmate lain perasan la muka aku dah berubah. aku cakap..nanti2 je la tgk, tak leh jugak..nak nak jugak time tu aku tengok kan. nyammmpahhh wehhh..nyampahhhhh ! ni kalau student aku ni, lama dah aku baling je ngan mouse ! tak reti bahasa ke apa? tu belum kira kalau aku menjawab soalan dia.."amboi ayatttt" konon cam aku menjawab kurang ajar la ke dia tu. padahal biasa jer..aku perli2 jer. kasi sedar diri sket. tu satu hal la..hal yang kedua plak...
2. last week punya cite..dalam kelas jumaat gak la. after class masa ada small discussion kat kereta aku ngan cikgu-cikgu yg nak tengok kertas kolokium. aku kat seat driver kereta aku la. biasa la kan..baru nak warm up kete jap, aku buka la tingkap sket kasi hilang panas tu..dan tengah-tengah aku ngan cikgu lain syok diskas..cikgu jerk tu leh main buka pintu seat sebelah driver..OMG ! sumpah aku terkejut..dan aku secara terdirect nya cakap.."TAK SENONOH !!! " dia leh kata saja nak masuk kete aku nak tgk wangi ke tak..sampai cikgu lain perasan muka aku dah berubah habis dah time tu. then masa nak kuar dia leh kata " kalau tak senonoh, tak pakai baju"..watefish punya jawapan daripada cikgu sekolah menegah kat bota tu? FFFF la kau ! kan dah aku marah gile ni. bongokkkkk ! ko kawan baik aku ke nak wat gitu kat aku? takdenya aku jemput ko masuk dalam kereta aku ! jangan nak mimpi..even masa aku kerja dulu, mana pernah student laki pernah naik kereta aku. TAK PERNAH. jangan nak mimpi la aku nak izin org laki yang xde kepentingan leh naik kereta aku. bukan aku sorg nyampah ngan dia. ada lagi la 3 4 org pompuan sama kelas ngan kitorg nyampah ngn dia. Esoknya masa kelas pagi, DR bercakap, dia bercakap..last2 kene tegur ngan DR. Aku dah rasa nak gelak guling2 dah. Bising gile mulut. kitorg nak dgr DR bercakap..bukan dia bercakap..ingat ni dalam kelas skolah menengah ke? Apa la takde adab dalam kelas masa pensyarah bercakap..student nak bercakap ? kang esok kot rugi info ! aku makan mentos sebuk nak mentos ! dah la plak tu...rasa baik hati sangat la kot..ajak classmate pompuan bujang tumpang naik kereta dia berdua..gile ke pe? cari pasal jer. tak tau la kot ada org lain plak lagi kan. tapi classmate pompuan tu duk area bota gak la kot. pasni, aku malas dah nak cakap baik2 ngan dia, kalau dia over, aku laser je terus. ko tak reti nak hormat aku, aku kasi wassalam siap2.
*tulis entri ni pon dengan perasaan berkobar-kobar marah !!*
Saya banyak sungguh la esaimen. esaimen nak kene betul. esaimen nak kene hantar. esaimen nak kene cari. esaiiiimennnnn je la kepentingan hidup skang ni. Kalau kat fb tu..berapi pasal esaimen je la manjang...
Satu tips kepada yang sedang bekerja dan berhajat nak sambung master : master ni banyak cabaran, cikgu-cikgu yang dah kerja tu..ada je mengeluh nak siapkan esaimen, tapi kene gigih la. stay up sampai 2 3 pagi nak siapkan esaimen. ye la kan..siang bizi ngan hal sekolah lagi. balik kerja bizi ngan rumah plak. malam bawa ke tgh malam la masa yang ada pon nak tgk balik esaimen ni. even aku yg jobless ni pon kerja pagi ptg malam kalau online tu..jurnal jurnal jurnal..artikel artikel artikel..g lib g lib g lib..punya la hidup rasa cam pagi petang malam buku buku buku.....kalau rasa tak cukup kuat lagi nak sambung, jangan buat kerja separuh jalan. Saya ni hari hari kene tanam semangat supaya rajin belajar..supaya leh score master..supaya kerja semua siap dengan berpuas hati atas sebab satu jer..RK (rahsia kerajaan).
Amenda saya tulis panjang-panjang ni..Dah la yer.
Happy chinese new year.
hahaha.. tibai je yg nakal2 2.. apa2 pun take k ea,semoga Allah melindungi & merahmati kamu.. ada lg,semoga tercapai segala hajat & cita2.. amin.. :)
ReplyDelete