Menu

Friday, January 7, 2011

Lebih kurang lahhhh...

Punya la bosan duk tanjung malim ni tanpa assignment dan homework ! Hahaha. Dah macam nak sangat ada homework kan. Sok ada kerja tau plak merungut banyak nak kene baca la..banyak jurnal nak kene ulas la...papejela nadia oi !

Jadi, di petang yang dingin, pergilah mencari kedamaian di tasik. Tasik kat proton city sana. Tetibe tengok tasik tu, rasa cam tgk taman bandar kat kuantan dulu. Walaupun tak jogging mana kat kuantan dulu, tapi pergi sana nak relaks kepala otak yang penat mengajar. Kalau weekend, ada gak la pagi-pagi kuar, kalau tak, petang pas balik kerja. Sebab dekat kan...

Berlatarbelakangkan banjaran titiwangsa, tangjung malim dan proton city memang kawasan yang sangat sejuk la saya rasa. Kawasan lembap bak kata kazen saya yang amik degree kat UPSI ni. Patut lah asik hujan je..takpun mendung manjang. 




 Saya rindu nak jogging..sebab dah rasa cam gemuk. Wahaha. Rindu nak tengok kolam, sebab kat batu pahat dulu tasik Y tak la secantik tasik kat proton city ngan taman bandar tu. Seronok menjadi pemerhati bebas tengok orang lain buat 5 6 pusingan kat tasik sebab saya tak mampu buat cam tu. Sistem kardiovaskular belum cukup mantap ! Tumbang karang sapa nak hantar g hospital ? Hahaha..

Dah setengah tahun rupanya tak jejak pahang..

Oh ya ! Sila klik gambar untuk tumbesaran. Hahaha. Ayattttt...


2 comments:

pecah kaca pecah gelas
dah baca harap balas

 

♥ Nadia Izad ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template