Menu

Monday, January 3, 2011

Kencang Giler...

Saya rasa macam cepat je masa berlalu. Tau tau je kawan dah ramai yang kawen. Yang plan nak tunang ngan kawen pon ramai. Kencang gile ah tahun lepas ngan tahun ni. Tu belum masuk yang coming soon bakal ada anak. 

Saya ? Saya duk diam-diam habiskan belajar la wehhh. Hahaha. Belum sampai masa lagi nak ke arah yang satu tu. Sok dah sampai masa, konpem terpampang gambar kat FB. Hahaha. 

Kalendar tahun 2011 dimulakan dengan ...


  1. Kawan sekolah teknik mengikat tali pertunangannya dengan jejaka pilihan hati.
  2. Then minggu kedua bulan januari pula, kawan sekolah menengah rendah pulak kawen.
  3. Minggu terakhir bulan 1 dengan kawan gila-gila masa belajar kat UUM dulu. Majlis 2 pasang pengantin kat nilai. Balik lagi. Balik sajaaaaa la keje saya bulan januari ni.
  4. Bulan feb rasanya jadual kosong lagi. (sila inform kalau rasa dah ada tarikh)
  5. Bulan mac kawan masa sekolah teknik kawen. Umah kat atas kawasan perumahan saya jer.
  6. Bulan april..ermmm..rasa cam xde plak. 
  7. Bulan mei kawan saya masa matrik kawen kat penang. Ni kene saving habis-habisan kalau nak g sana ni.
  8. Bulan jun..rasanya syahman kawen. Tarikh tak ingat la pulak. Kuantannnn. Kalau tak sempat, nilai boleh tak weh aku datang? Hahaha
  9. Bulan julai..takdak kot.
  10. Bulan ogos pon sama.
  11. Bulan september pon takdak rasanya.
  12. Bulan oktober pon takdak kabar berita lagi.
  13. Bulan november kawan kat UUM kawen. Nuuuunnnn kat PJ jer. Tu pon konpem sesat ke barat mana la nanti agaknya.
  14. Bulan disember..ntah tak tau lagi.
Perghhh..ini yang dah masuk dalam jadual. Yang duk main invite-invite kat FB tu bila-bila masa je nanti menyusul. Kencangggggg masing-masing. Takpe. Dah sampai seru.


Yang duk belajar dip ngan degree tak habis-habis lagi tu.toksah duk menggatal nak kawen. Habiskan belajar dulu. Ni sebuk dating ntah ke mana, belajar pon ntah ke mana. 

Korang toksah nak duk sama masuk dalam kalendar kencang saya tahun ni.

Oh, hanya majlis resepsi ahad je yang saya boleh datang sebab saya ada kelas jumaat dan sabtu sampai pukul 2 ptg. 

0 comments:

Post a Comment

pecah kaca pecah gelas
dah baca harap balas

 

♥ Nadia Izad ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template