Pada sepuluh malam pertama, amalan Tarawikh dianggap malam untuk memperolehi rahmat Allah s.w.t.
Malam 1
Telah terkeluar orang mukmin daripada dosanya seolah - olah ia baru dilahirkan dari kandungan ibunya.
Malam 2
Diampunkan dosa orang yang menyempurnakan solat tarawikh serta kedua ibubapanya, jika keduanya itu orang yang beriman.
Malam 3
Akan berseru malaikat dari bawah Arash agar hamba Allah ini akan terus mendirikan Tarawikh dan mendoakan semoga Allah mengampuni dosanya yang telah lalu.
Malam 4
Mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang membaca kitab - kitab Allah.
Malam 5
Dianugerahi Allah akan pahala kepada hambanya seumpama orang yang mendirikan solat di Masjidil Haram, Masjidun Nabawi dan Masjid Aqsa.
Malam 6
Ganjaran pahala sama seperti 70 ribu Malaikat yang tawaf di Baitul Makmur serta mendapat doa daripada setiap batu - batu dan tanah - tanah supaya mengampunkan dosa orang yang mengerjakan solat sunat ini.
Malam 7
Seolah - olah bertemu dengan Nabi Allah Musa a.s dan membantunya berperang melawan Firaun dan Hamman dan menterinya.
Malam 8
Allah s.w.t memberi ganjaran pahala seperti yang dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim a.s
Malam 9
Seolah - olah menyembah Allah seperti Nabi - Nabi a.s (mutu ibadat hambaNya dipertingkatkan seolah - olah seperti ibadat para Nabi)
Malam 10
Allah memberi rezeki kepadanya kebaikan.
Pada sepuluh malam kedua, amalan Tarawikh dianggap Pengampunan dosa dari Allah s.w.t
Malam 11
Akan keluar dia dari dunia (mati) dalam keadaan bersih daripada dosa seperti ia baru lahir dari perut ibunya.
Malam 12
Datang ia pada hari Kiamat bercahaya dengan ibadatnya diibaratkan seperti bulan purnama.
Malam 13
Pada hari Kiamat ia datang dengan aman sentosa, bebas daripada kejahatan dan keburukan.
Malam 14
Solat Tarawikhnya disaksikan oleh Malaikat, dan Allah tidak menyesatkannya pada hari Kiamat.
Malam 15
Dipohonkan tambahan kebaikan ke atasnya oleh para Malaikat serta pembawa Arash dan Kursi.
Malam 16
Allah mencatatkan dia bebas serta selamat daripada neraka dan bebas masuk ke syurga.
Malam 17
Pahala akan diberikan kepadanya sebanyak pahala para Nabi.
Malam 18
Malaikat mengundangnya "Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepadamu dan kepada kedua orang tuamu.
Malam 19
Allah mengangkat darjat orang ini di syurga Firdaus.
Malam 20
Pahala sebanyak para Syuhada dan Solihin diberikan kepadanya.
Pada sepuluh malam akhir, amalan Tarawikh dianggap Pembebasan daripada api neraka
Malam 21
Allah membina sebuah rumah daripada cahaya di syurga.
Malam 22
Pada hari Kiamat dia akan datang dengan aman tanpa rasa susah dan duka.
Malam 23
Allah membangunkan sebuah kota baginya di syurga.
Malam 24
Akan dikabulkan 24 doanya.
Malam 25
Seksa kubur baginya akan dihapuskan oleh Allah s.w.t
Malam 26
Allah meningkatkan baginya pahala selama 40 tahun.
Malam 27
Pada hari Kiamat dia akan menyeberangi titian Siratul Mustaqim dengan mudah dan cepat laksana petir menyambar.
Malam 28
Allah mengangkat seribu darjat baginya di dalam syurga.
Malam 29
Allah memberi kepadanya pahala seribu ibadat Haji yang diterima.
Malam 30
Allah berfirman kepadanya : "Makanlah buah - buahan syurgam mandilah dari air Salsabil dan minumlah dari telaga Kautsar, Aku adalah Tuhanmu dan engkau adalah hambaKu"
; mintx" dapat full tarawikh , AMIN ! , (^_^)'
ReplyDeleteAmin. Rajin rajin yer g tarawikh :)
ReplyDelete; kita masih muda , semasa muda hendaklah membuat amal ibadah , ketika tua , mungkin sempat atau tidak sempat kehari tua , jd , renung2 kan dan selamat beramal , (-_-,)
ReplyDeletekenapa dalam blog xde application like komen eh? hehehe
ReplyDelete; macam mane miss ?? ta paham ? share blog taw laa .
ReplyDelete